Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

”Otak Tu Biar Cergas Sikit Boleh Tak?”- Tular Rakaman Suara Guru Tengking Murid Darjah 1 Undang Kecaman

today27 October 2022

Background


Baru-baru ini tular di laman media sosial sebuah rakaman suara dari seorang guru yang bersuara lantang menengking anak murid di sekolah. Rakaman tersebut mendapat perhatian ramai khususnya dalam kalangan ibu bapa yang ‘panas’ dengan tindakan dan bicara yang dikeluarkan oleh guru terbabit.

Baca juga: Gara-Gara Berkelakuan Nakal, Ibu Tergamak Rantai Leher Anak & Kurung Dalam Gelap

Tular Rakaman Suara Guru Tengking Murid Darjah 1 Undang Kecaman

Berdasarkan perkongsian oleh seorang wanita dikenali sebagai Sapikha mengatakan bahawa murid tersebut merupakan anak buahnya. Anak buahnya sering mengadu dan mengelak untuk ke sekolah kerana tidak mahu masuk ke kelas cikgu berkenaan kerana takut.

Difahamkan bahawa guru tersebut akan bertindak dengan memaki hamun dan memalukan anak buahnya di dalam kelas. Bahkan dia juga meninggikan suara kepada anak buahnya yang masih kecil sekiranya memberi jawapan yang salah atau tidak mampu untuk memberikan jawapan.

“Patutlah selama ni anak buah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anis Affandi


Previous post