Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Ringgit mengukuh, inflasi 2023 sederhana

today28 December 2022

Background


PETALING JAYA – Kenanga Research mengekalkan unjuran inflasi Malaysia sebanyak 3.3 peratus bagi tahun ini daripada 2.5 peratus pada 2021, sebelum kadar inflasi dijangka menyederhana kepada 2.5 peratus pada tahun depan.

Firma tersebut dalam nota penyelidikan yang dikeluarkan semalam berkata, pihaknya ber­anggapan harga teras akan mula memperlihatkan pola menyederhana dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Ini disebabkan penurunan harga barangan import di tengah-tengah pengukuhan ringgit dan permintaan global yang semakin perlahan, bagaimanapun risiko kekal condong ke arah bawah di­sebabkan ketidaktentuan ekonomi yang meningkat.

“Inflasi dijangka mula menurun pada suku kedua 2023 kerana kerajaan baharu menjadikan ­usaha menangani pe­ningkatan kos sara hidup sebagai ke­utamaan sambil mengekalkan subsidi sehingga sekurang-kurangnya akhir suku kedua 2023.

“Ditambah dengan pembukaan semula China dan norma­lisasi pada rantaian bekalan, kadar inflasi negara mungkin turun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post