Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

The Rise Fund TPG ambil alih APU

today21 February 2023

Background


PETALING JAYA – The Rise Fund, yang merupakan platform pelaburan impak global milik firma pengurusan aset global, TPG, mengumumkan telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh pegangan kawalan dalam Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik Malaysia (APU).

Pengambilalihan itu dilaksanakan bersama rakan kongsi pelabur termasuk dana tempatan iaitu Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Malaysia, KWAP dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pelaburan itu akan distrukturkan melalui pembelian saham daripada KV Asia, sebuah dana ekuiti persendirian terkemuka yang memberi tumpuan kepada pelaburan di pasaran pertengahan di seluruh Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada 1993, APU adalah universiti swasta dengan tumpuan unik pada teknologi, inovasi dan kreativiti, yang ­menyediakan pendidikan serta penyelidikan berkualiti tinggi, berpatutan serta diiktiraf di pe­ringkat antarabangsa untuk pelajar tempatan dan luar negara.

Melalui pendaftaran yang berkembang pesat dan kadar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Lukaku sedia diturunkan untuk Milan

Milan: Kepulangan Romelu Lukaku ke Inter Milan jauh dari apa yang dia harapkan tetapi penyerang Belgium itu menunjukkan kesediaannya untuk beraksi bersama pasukannya menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Porto.

today21 February 2023