Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Hukum Makan Ulat Dalam Buah

today3 May 2023

Background
MAKAN ULAT DALAM BUAH


Seperti mana kita tahu, Rasulullah SWT mengharamkan segala apa yang jijik pada jiwa seperti bangkai dan darah. Orang yang memakannya dianggap fasik. Setiap yang jijik pada tabiat manusia pada asalnya adalah haram, melainkan terdapat dalil yang menyatakan hukum berbeza.

Antara isu yang sering menjadi tanda tanya adalah hukum makan ulat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Adakah haram atau sebaliknya?

Baca juga: Isteri Bekerja Atau Tak Suami Tetap Bagi Nafkah, Melainkan….

HUKUM MAKAN ULAT DALAM BUAH & SAYUR

MAKAN ULAT DALAM BUAH

Ulat atau kutu yang lahir pada makanan seperti buah, beras dan tepung gandum adalah dimaafkan untuk dimakan bersama makanan. Ini kerana sukar untuk diasing dan dikawal. Namun jika diasingkan lalu dimakan, maka tidak dimaafkan, mengikut pendapat yang asah.

Menurut Imam al-Nawawi:

“Ulat yang ada daripada buah-buahan, keju, cuka dan kacang hijau, dan yang seumpamanya, jika ia mati dalam benda yang dia dilahirkan daripadanya maka dia menjadi najis disebabkan kematiannya….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Haidatina Aznam


Previous post