PETALING JAYA – Shop Channel, platform e-dagang terkemuka di Thailand telah bekerjasama dengan SukeShop SUKETV untuk membangunkan pasaran e-dagang di rantau Asia Tenggara.
Kerjasama ini bertujuan untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang lebih luas kepada pelanggan di dua buah negara ini.
Ia juga memberi peluang kepada Shop Channel memberi akses kepada pelanggannya di Thailand dengan pelbagai produk fesyen dan kecantikan daripada SukeShop SUKETV, termasuk produk selebriti tempatan.
Dalam masa yang sama, ia akan membolehkan pelanggan SukeShop SUKETV di Malaysia membeli produk popular Shop Channel seperti perhiasan, fesyen pakaian, kraftangan tradisional, dan produk kecantikan.
Ketua Pegawai Eksekutif Shop Channel, Sorchote Ambhanwong berkata, kerjasama ini akan memperluaskan lagi penawaran produk sedia adanya dan memberikan pelanggannya di Thailand mendapat akses kepada produk terbaik dari Malaysia.

Mengulas mengenai perkara yang sama, Pengasas dan Pengerusi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: