Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bilangan penganggur menurun kepada 584,600 orang

today10 July 2023

Background


PETALING JAYA – Bilangan penganggur terus menurun pada Mei 2023 kepada 584,600 orang dengan kadar pengangguran 3.5 peratus, berbanding 586,900 orang pada April, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

Katanya, pada bulan Mei, mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, atau penganggur aktif yang merangkumi 80.5 peratus daripada jumlah penganggur seramai 470,400 orang.

“Mengikut tempoh pengangguran bagi penganggur aktif, mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan meliputi 60.9 peratus, manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun merangkumi 6.7 peratus.

“Pada masa yang sama, mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia atau penganggur tidak aktif menurun sebanyak 0.8 peratus untuk merekodkan 114,200 orang (April 2023: 115,100 orang),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan turut memaklumkan bahawa kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: DALIZA MOHAMED ARIFFIN


Previous post

Luar Negara

Bawang kurang pedihkan mata

Sydney: Pasar raya Woolworths di Australia mengumumkan pada Isnin, bekalan pertama varieti bawang yang tidak memedihkan mata akan mula dijual di kedai di seluruh New South Wales, Victoria dan Australian Capital Territory dari Rabu hingga September. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today10 July 2023