Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hanya Letak Tanda Harga Bila Diperiksa, KPDN Serbu Kedai ‘Seafood’ Mahal Di Pulau Pangkor

today7 January 2024

Background
Hanya Letak Harga Bila Pemeriksaan, Kedai Makanan Laut Mahal Di Pulau Pangkor Diserbu KPDN


Selepas tular luahan seorang wanita mendakwa menjadi mangsa harga makanan yang mencekik darah dan menindas pelancong di Pulau Pangkor, kedai tersebut telah digempur penguat kuasa Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata serbuan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) selepas pihaknya mengesan kiriman tular di media sosial, petik Berita Harian.

Artikel Berkaitan:

“Hasil maklumat Ops Samar mendapati premis yang diadu tidak meletakkan tanda harga makanan hasil laut yang belum dimasak serta didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil laut.

@kekyahfornour

Ikan bakar siakap around 600-700g RM75 kalah harga ikan kat KLCC dengan pavilion.. kedai kerusi pon berkulat, service out then rasa biasa2 je.. total makan RM142 since minum air kosong je.. sorry kekyah bukan jenis berkira pasal makan tapi this is totally not worth…..

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post