PETALING JAYA – Airai Global Corporation (AGC), sebuah firma pelaburan yang dibiayai bersama oleh pelabur dari Singapura dan Malaysia telah memasuki Republik Palau dalam usaha mewujudkan ekonomi hijau di negara pulau berkenaan.
Palau yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik terdiri daripada kira-kira 340 pulau yang membentuk kawasan berkeluasan 459 kilometer (km) persegi.
Airai adalah salah satu daripada enam belas negeri Palau, meliputi kawasan seluas 44 km persegi dan mempunyai prospek cerah untuk pembangunan.
AGC dan Kerajaan Negeri Airai telah menandatangani perjanjian kerjasama untuk pembangunan resort eko bersepadu baru-baru ini, berkemungkinan meliputi keluasan tanah sehingga 23 juta meter persegi yang bakal memacu perkembangan ekonomi Palau.

Menurut kenyataan bersempena majlis menandatangani kerjasama dan sidang akhbar di Kuala Lumpur, AGC menjelaskan ia akan turut terlibat dalam pembangunan zon ekonomi khas dan pelbagai bidang lain seperti penjagaan kesihatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: