Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Nasional

Amanah tolak MN kerana enggan jatuhkan kerajaan, kata Mahfuz

today14 March 2024

Background


Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata tiada sebab untuk parti itu merungkai perjanjian kerjasama PH-Amanah dimeterai sejak sekian lama. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah menegaskan parti itu tidak akan menyertai Muafakat Nasional (MN) kerana enggan menjatuhkan kerajaan seperti dilakukan komponen itu terhadap Pakatan Harapan (PH), merujuk kepada Langkah Sheraton pada 2020.

Mahfuz Omar.

Naib Presiden Mahfuz Omar berkata kerjasama itu juga tidak perlu kerana PAS, antara pelopor MN telah menolak muafakat perpaduan bagi membentuk pentadbiran Putrajaya selepas PRU15.

“Untuk apa Amanah menyertai kalau untuk meruntuhkan sebuah kerajaan yang akhirnya merosakkan negara telah kita bina selama ini.

“Usaha PAS ini tidak berubah dan hanya semata-mata ingin merampas kuasa kerajaan mahupun porak-perandakan negara kita,” kata bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dalam podcast Keluar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Chia Wan Rou


Previous post