Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

AIA Public Takaful sumbang RM800,000 kepada 15 rumah anak yatim terpilih

today9 May 2024

Background


PETALING JAYA – AIA Public Takaful Berhad (AIA Public Takaful) menyumbang seba­nyak RM800,000 untuk menjayakan program Kongsi Rezeki bagi memberi manfaat kepada 15 rumah anak yatim terpilih.

Dana yang disalurkan bersama Malaysian Relief Agency (MRA) itu adalah untuk ­menyediakan bekalan harian, keperluan lain dan pelaksa­naan aktiviti yang dapat me­ningkatkan kesejahteraan fizikal serta mental kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public Takaful, Elmie Aman berkata, sumbangan itu mengukuhkan komitmen syarikat untuk memacu perubahan bermakna yang membawa impak positif kepada komuniti.

“Dengan peruntukan ini, kami bukan saja dapat memperluas jangkauan program malah impaknya, sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

“Kami berharap sumba­ngan ini dapat menjamin masa depan yang lebih cerah yang mana setiap kanak-kanak boleh memenuhi impian, tampil cemerlang dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Kosmo


Previous post