Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ini Sebab Kenapa Kubur Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Dijauhkan Dari Kubur Lain

today21 May 2024

Background


Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam kenyataannya, berpendapat tindakan menjarakkan kubur suspek berbanding liang lahad lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

Malah, jenazah suspek juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan berkaitan.

Jenazah juga hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.

“Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.

“Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya,” tulis dalam kenyataan berkenaan.

Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu itu, dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek, 21, maut…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Pogacar selesa selaku pendahulu Giro

Paris: Pendahulu Giro d'Italia yang kini mendahului dengan selesa, Tadej Pogacar, mengatakan bahawa keadaan dia “cukup baik” untuk membolehkannya merangkul kejayaan berganda yang jarang berlaku dalam dunia berbasikal apabila beliau memburu kemenangan dalam perlumbaan Itali dan Tour de France Julai ini.

today21 May 2024