Pemain berdarah campuran, Kobe Chong dilaporkan berminat untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024/25.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Kobe yang baru sahaja tiba di Kuala Lumpur bakal menjalani rundingan dengan beberapa kelab menjelang jendela perpindahan kedua liga pada Ogos ini.
Baca Juga:
Kobe Chong berminat untuk beraksi dalam Liga Super. Tiba di Kuala Lumpur semalam, pemain warisan negara itu difahamkan bakal melakukan rundingan dengan beberapa kelab menjelang jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia, Ogos ini. 🇲🇾🏴🇯🇲@ASTROARENA pic.twitter.com/NYMOlXjyVA
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 18, 2024
Kobe tiba di Malaysia pada Isnin lalu dimana beliau memuat naik gambar di laman media sosial Instagram miliknya yang menunjukkan pemain itu berjalan di sekitar ibu kota sejurus tiba di negara ini.
Sumber: