SEPANG – Amal by Malaysia Airlines (Amal) menyasarkan untuk membawa lebih daripada empat kumpulan jemaah umrah dalam tempoh sebulan bermula bulan ini melalui pelancaran program terbaharunya yang dijalankan secara usaha sama dengan beberapa syarikat bukan kerajaan (GLC) terpilih.
Amal adalah unit penerbangan haji dan umrah Malaysia Aviation Group (MAG) dan sejak diperkenalkan pada 2019, syarikat telah menerbangkan sejumlah 1.17 juta jemaah haji dan umrah.
Program umrah yang dijayakan bersama rakan strategiknya yang terdiri daripada empat pengendali umrah yang tersenarai dalam 10 syarikat terbaik dalam industri itu masa kini itu terdiri daripada MKM Ticketing Travel & Tours; Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd; Wira Saujana Travel & Tours Sdn. Bhd. dan KRS Travel Sdn Bhd.
Sehingga kini, terdapat lebih daripada 600 syarikat pengendali umrah di Malaysia.
Ketua Pegawai Operasi Amal, Muhammad Najmi Mansor berkata, program baharu ini bertujuan untuk menghargai kerjasamanya dengan beberapa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: