Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Gagasan Nadi Cergas, PNSB pecah tanah projek Idaman Amani RM286 juta di Bandar Elmina

today6 September 2024

Background


PETALING JAYA – Gagasan Nadi Cergas Berhad dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini menganjurkan majlis pecah tanah untuk projek perumahan mampu milik Idaman Amani bernilai RM286 juta di Bandar Elmina, Shah Alam.

Projek atas tapak seluas 8.9 ekar merangkumi dua blok 32 tingkat yang terdiri daripada 1,063 pangsapuri mampu milik separa berperabot itu antara satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam golongan B40 dan M40.

Idaman Amani dibangunkan oleh Gagasan Nadi Cergas Berhad dengan kerjasama PNSB Construction Sdn. Bhd. (PCSB), sebuah anak syarikat PNSB dan dijangka siap menjelang suku ketiga tahun 2028.

PNSB merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, dibawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Idaman Amani menawarkan unit tiga bilik tidur dengan ruang binaan 1,000 dan 1,120 kaki persegi, bermula RM250,000 seunit.

Setiap unit dilengkapi dengan kemudahan seperti televisyen, peti sejuk, kabinet…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Hiburan Semasa

Bolos ABPBP 36 bukti Raja Ema masih relevan

Kuala Lumpur: Siapa sangka berbekalkan satu drama dan satu filem tahun lalu, nama penyanyi dan pelakon senior, Raja Ema berjaya menembusi senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 September 2024