Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Public Bank bakal ambil alih 44.15% ekuiti LPI

today10 October 2024

Background


KUALA LUMPUR– Public Bank Berhad (Public Bank) menandatangani perjanjian jual beli bersyarat dengan Estet Mendiang Tan Sri Teh Hong Piow (Estet) dan Consolidated Teh Holdings Sdn. Bhd. (ConTeh) untuk mengambil alih kira-kira 44.15 peratus kepen­tingan ekuiti dalam LPI Capital Berhad (LPI), dengan pertimbangan tunai RM1.72 bilion.

Jumlah tersebut berasaskan harga RM9.80 sesaham, diskaun lebih 24 peratus berbanding harga penutupan pasaran terkini LPI pada RM13.

LPI merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia dan terlibat terutamanya dalam taja jamin insurans am.

Ia kini mempunyai 21 cawangan di seluruh negara, satu di Singapura dan turut beroperasi di Kemboja melalui syarikat bersekutu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata, cadangan pengambilalihan itu merupakan peluang strategik bagi pihaknya untuk mengembangkan segmen insurans amnya di pasaran tempatan.

“Ini juga selari dengan rancangan Kumpulan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Luar Negara

AS gesa Israel elak kemusnahan di Gaza berulang di Lubnan

Baitulmaqdis: Amerika Syarikat (AS) menggesa sekutunya Israel untuk mengelakkan tindakan ketenteraan di Lubnan sebagaimana yang berlaku di Gaza selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata ia boleh menghadapi "kemusnahan" seperti wilayah Palestin. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today10 October 2024