Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular Video Kanak-Kanak Merajuk Sebab Tak Dapat Tempat Pertama Taekwando Undang Tawa Ramai

today24 October 2024

Background


Tetapi, siapa je yang nak kalah bukan? Semua orang nak jadi pemenang untuk memenangi hadia atau pingat.

Tular pula baru-baru ini memaparkan sebuah video seorang kanak-kanak perempuan yang merajuk dan tak mahu sarung medal gara-gara dia mendapat tempat kedua dalam pertandingan taekwando.

Menerusi video yang dikongsi oleh @muhammad.bin.muhammad.3, kelihatan kanak-kanak itu sedang berada di podium untuk menerima medal selepas bertanding taekwando.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia kelihatan monyok dari awal video. Rupa-rupanya, dia merajuk kerana tidak berjaya mendapat tempat pertama dan enggan berdiri di podium tempat kedua ketika medal ingin disarungkan kepadanya.

Lebih menghiburkan lagi, kesemua pemenang diminta untuk berdiri sama-sama di podium tempat pertama untuk bergambar di akhir video. Tetapi, kanak-kanak itu tetap merajuk dan beredar dari situ.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Luar Negara

Melutut minta maaf

Tokyo: Seorang wanita China yang membeli-belah di butik ternama, Fendi di Jepun berang selepas mendakwa menerima layanan buruk sehingga kakitangan butik itu terpaksa melutut memohon maaf kepadanya. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 October 2024