Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Shuk Sahar Dedah Pernah Lupa Tuhan Masa Kaya Dulu, Syukur Masih Diberi ‘Peluang’

today20 November 2024

Background


Menerusi video berdurasi 11 mini 29 saat yang dimuat naik oleh @youcasttt, Shuk meluahkan rasa kesal apabila mengaku pernah melupakan Tuhan semasa dia memiliki segala-galanya.

Menurut Shuk, dia pernah berada di satu tahap yang sangat tinggi di mana boleh membeli apa sahaja tanpa melihat nilai, mempunyai rumah dan kereta mewah serta mendapat banyak tawaran sebagai hos di televisyen.

Namun, dia mengatakan sebenarnya dia adalah manusia paling hina kerana hanyut dalam ujian kekayaan.

“Abang di titik paling hina. Kenapa? Solat pun tak pernah, puasa pun tak. Solat Jumaat tak, lebih memilih untuk keluar dengan kawan-kawan berbanding pergi ke masjid.

“5 minit solat diibaratkan 5 minit yang sia-sia. Kalau di titik itu Allah tak bagi peluang, Allah ambil abang, apa jadi? Bila fikir balik, besarnya kuasa Dia,” katanya.

“Hebat mana pun kau, setinggi mana pun kau, selagi kau rasa kau hebat, percayalah sebenarnya itu bukanlah titik kau yang paling hebat. Allah tu yang maha…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post