Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peserta Top 8 Calpis Soda OIAM, Jimi Berbesar Hati Dapat Duet Dengan Aina Abdul

today7 January 2025

Background


Duet mereka bukan sahaja berjaya mencipta sebuah persembahan yang memikat hati penonton, malah para juri juga turut terpesona dengan keserasian dan kesungguhan yang ditampilkan.

Gabungan vokal Aina yang memukau dengan energi Jimi yang luar biasa mencipta satu persembahan yang tidak dapat dilupakan.

Juri tetap, Cakra Khan turut memuji persembahan mereka. “Suara kalian blended really well. Malam ini, kalian tampil dengan begitu memukau,” katanya.

Melihat duet ini sebagai peluang yang mempunyai cabaran dan kelebihannya, Jimi berkongsi pengalaman persiapannya.

“Latihan bersama Aina mudah kerana saya sudah bersedia terlebih dahulu. Semua berjalan dengan lancar dan Aina adalah seorang yang sangat rendah diri.

“Aina pesan, nikmati persembahan ini sepenuhnya dan anggap seperti persembahan kita sendiri. InshaAllah semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Luar Negara

Jumlah korban gempa bumi di Tibet kini cecah 95 orang

Beijing: Gempa bumi dahsyat di wilayah Tibet mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang dan "banyak bangunan" runtuh pada Selasa, lapor media kerajaan, dengan gegaran turut dirasai di ibu negara Nepal, Kathmandu dan beberapa bahagian di India. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today7 January 2025