Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada 8 Februari 2008.
Apa yang membuatkan masjid ini unik ialah ia dibina daripada kaca dan keluli dan menjadi masjid pintar pertama di Malaysia yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: