Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sunway Property umum Pengarah Urusan baharu

today14 January 2025

Background


PETALING JAYA – Sunway Property, cabang hartanah Sunway Group menamakan Chung Soo Kiong sebagai Pengarah Urusannya yang baharu menggantikan Sarena Cheah.

Soo Kiong yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Bahagian Antarabangsa Sunway Property membawa pengalaman luas selama 20 tahun dalam pembangunan hartanah dan perniagaan pembinaan bersama Sunway Group.

Sementara itu, Sarena mengambil alih peranan baharu sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Sunway pada 2 Januari 2025.

“Meneruskan asas kukuh yang diletakkan oleh Datin Paduka Sarena dan pasukan yang luar biasa, saya berharap dapat menyampaikan penyelesaian yang inovatif dan mampan yang bukan sahaja memenuhi, malah melangkaui jangkaan komuniti serta pihak berkepentingan kami,” kata Soo Kiong dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan turut mengalu-alukan Datuk Mohd. Anuar Taib sebagai Timbalan Presiden Kumpulan Sunway, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post