Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kerajaan Bersetuju Beri Potongan Tol 50 Peratus Kepada Pengguna Sempena Tahun Baharu Cina

today24 January 2025

Background


Menerusi laporan Berita Harian, potongan tol akan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari (Isnin) dan berakhir jam 11.59 malam 28 Januari bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata potongan ini dilaksanakan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

“Pengumuman saya sebelum ini berkenaan pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024 adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember lalu.

“Namun mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50 peratus sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Ia selaras agenda kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang didukung kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh hasil program rasionalisasi subsidi serta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iqmal Hazzwan


Previous post