Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki Diculik, Dipukul & Dipaksa Makan Babi Lepas Terpedaya Konon Dapat Kerja Di Thailand

today12 February 2025

Background


Menurut laporan Harian Metro, salah seorang ahli keluarga lelaki berkenaan memberitahu dia memasuki negara itu melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Walau bagaimanapun, bekas isterinya memaklumkan, lelaki itu gagal dihubungi sebelum mereka mendapat panggilan telefon daripadanya yang memberitahu dia diculik dan berada di Myanmar pada 24 November lalu, dan turut meminta wang tebusan jika mahu pulang.

Menurut kakak mangsa pula, mereka terpaksa berbohong kepada anak adiknya dengan memberitahu bapa mereka bekerja di luar negara dan baik-baik saja.

Malah, dia sempat meminta adiknya menghantar pesanan suara beritahu dia juga ‘ok’ dan minta belajar bersungguh-sungguh supaya anaknya tidak bimbang.

“Saya sangat berharap Kerajaan Malaysia dan Thailand dapat membantu menyelamatkan dan membawa pulang adik yang terperangkap di Myanmar sejak November lalu,” Noraini, 38.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Sukan

MFL laksana kawalan kewangan lebih ketat

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kemungkinan tidak akan menunjukkan belas ihsan lagi pada musim depan apabila melaksanakan kawalan kewangan lebih ketat bagi membendung masalah tunggakan gaji daripada terus melanda pasukan Liga Super.

today12 February 2025