Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Boleh Membawa Maut” – PHM Nasihatkan Jangan Campur Peluntur Dengan Bahan Pencuci

today7 March 2025

Background


Dalam hantaran itu, PHM menerangkan campuran peluntur dan ammonia akan menyebabkan berlakunya gas kloramin. Di mana ia boleh menyebabkan batuk teruk, paru-paru meradang dan sesak nafas.

Yang kedua adalah situasi ketika campuran peluntur dan cuka yang menyebabkan terhasilnya gas klorin beracun. Perkara ini akan menyebabkan anda pedih mata, dada terasa seperti dihimpit, muntah, malah boleh membawa maut.

Selain itu, peluntur dan alkohol juga sangat merbahaya kerana menyebabkan gas kloroform. Situasi ini akan membuatkan berasa pening, hilang kesedaran dan malah koma tanpa disedari.

“Bayangkan jika ini berlaku di rumah anda. Dalam sekelip mata, ruang yang sepatutnya bersih bertukar menjadi perangkap maut.

“Jangan ambil mudah. Jangan campur bahan pencuci. Jangan jadikan rumah anda penuh racun. Sebarkan pesanan ini sebelum tragedi ini berlaku kepada orang lain,” jelas PHM lagi.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post