Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemain Palestin Maut, Rumah Terkena Serangan Udara IDF

today4 July 2025

Background
pemain palestin


Pemain Palestin, Muhannad Al Laili maut kerana terkena serangan udara Tel Aviv.

Menurut Maktoob Media, pemain Palestin tersebut bermain untuk Nadi Khadamat al-Maghazhi FC, telah mengalami pelbagai kecederaan ketika askar IDF mengebom kawasan rumah keluarganya di kem pelarian Maghazi, di tengah Gaza.

Wartawan Leyla Hamid melaporkan bahawa, Al Laili menjadi individu yang ke-149 maut kerana serangan Tel Aviv.

Rakan sepasukannya, Mohammad Al Sharif menulis: “Setiap hari kita ucapkan selamat tinggal kepada atlet kita. Mungkin kita menjadi sasaran seterusnya.

“Rakan sepasukan kami, Muhannad Al Laili, pemain untuk Al Maghazi, mengalami beberapa kecederaan selepas serangan udara Isr*el di kawasan rumah keluarganya di kem pelarian Al Maghazi di Gaza.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post

Sukan

Djokovic buru rekod Grand Slam Ke-25

London: Novak Djokovic memulakan langkah bergaya dalam misi memburu kejuaraan Grand Slam ke-25 apabila mudah menewaskan wakil tuan rumah Dan Evans 6-3 6-2 6-0 untuk mara ke pusingan ketiga Wimbledon, awal pagi tadi.

today4 July 2025