PETALING JAYA – CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB) merekodkan pertumbuhan sebanyak 71.5 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM28.8 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Jun 2025 (S3 TK2025).
Ini menandakan suku ketujuh berturut-turut keuntungan bersih tanpa subsidi kerajaan dan menunjukkan kecekapan operasi yang kukuh dalam perniagaan ayam bersepadu.
Keuntungan operasi keseluruhan bagi bahagian ayam bersepadu meningkat sebanyak 20.39 peratus kepada RM44.96 juta dalam S3 TK2025, sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan kos makanan ternakan sebanyak 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ini membantu mengimbangi penurunan 1.7 peratus dalam hasil bahagian tersebut, yang berpunca daripada penurunan harga jualan purata dan jumlah jualan.
Harga jualan purata dan jumlah jualan ayam pedaging masing-masing menurun sebanyak 4.33 peratus dan 2.82 peratus berbanding tahun lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan, Christopher Chuah Hoon Phong berkata, pihaknya berbesar hati untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: