Kegembiraan sepasang suami isteri yang menantikan kehadiran cahaya mata sulung bertukar tragedi memilukan hati apabila bayi mereka meninggal dunia sejurus dilahirkan. Bayi songsang tersebut meninggal dunia di bilik air rumah mereka di Puncak Alam pada 19 November.
Kisah sedih ini tular selepas dikongsikan di Facebook Mr Wan Cai Official, mengundang simpati orang ramai yang turut mendoakan kekuatan buat pasangan berkenaan.
Tiba-Tiba Sakit Perut, Ibu Masuk Ke Bilik Air Dan Lahirkan Bayi Songsang

Foto: FB Mr Wan Chai Official
Menurut perkongsian itu, kejadian berlaku sekitar jam 5.40 petang apabila si ibu yang sedang berehat tiba-tiba mengadu mengalami sakit perut kuat serta menunjukkan tanda-tanda awal mahu bersalin.
Suami yang panik segera menghubungi talian kecemasan 999, namun panggilan pertama tidak berjawab. Ketika kesakitan semakin memuncak, si isteri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: