Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Buang Sampah Atau Meludah Merata-Rata, Kompaun RM2,000 Menanti!

today30 December 2025

Background
Kuala Lumpur


Kuala Lumpur bakal lebih bersih bermula 1 Januari 2026, apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempergiat penguatkuasaan terhadap mereka yang membuang sampah atau meludah di tempat awam.

Menurut sumber laporan BH Online, bukan setakat kompaun sehingga RM2,000, malah pelaku juga boleh dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat melebihi 12 jam selama enam bulan.

Baca Juga:

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL, Dr Nor Halizam Ismail berkata langkah tersebut selari dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Operasi antipembuangan sampah dan larangan meludah akan dijalankan secara berkala khususnya di kawasan tumpuan pelancong.

Ke Arah Kuala Lumpur Lebih Bersih

“Kompaun yang kita keluarkan boleh mencecah sehingga RM2,000 bergantung kesalahan yang dilakukan.”

“Tujuan kita bukan untuk menghukum semata-mata, sebaliknya ingin mendidik masyarakat untuk lebih berdisiplin dan menghormati ruang awam yang kita kongsi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Anderson undur diri, tegaskan tiada isu dengan MAS

Kuala Lumpur: Jurulatih renang negara, Eric Anderson menyifatkan pemergiannya daripada program kebangsaan sebagai keputusan bersama yang berteraskan keperluan kesepaduan di peringkat persekutuan, sambil menegaskan tiada sebarang rasa tidak puas hati di sebalik berakhirnya khidmat beliau bersama Akuatik Malaysia (MAS).

today30 December 2025