
PETALING JAYA – Para pemegang saham Aneka Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan) sebulat suara meluluskan semua resolusi yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-7 yang diadakan semalam.
Para pemegang saham menerima Laporan Tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025, berserta penyata kewangan yang telah diaudit dan Laporan Pengarah dan Juruaudit mengenainya.
Antara resolusi yang diluluskan adalah pembaharuan mandat am yang memberi kuasa kepada para pengarah untuk menerbitkan dan memperuntukkan saham baharu sehingga sepuluh peratus (10 peratus) daripada jumlah modal saham terbitan Syarikat menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016.
Selain itu, pemegang saham meluluskan cadangan pembaharuan dan mandat pemegang saham baharu untuk transaksi pihak berkaitan berulang yang bersifat hasil atau perdagangan, membolehkan Kumpulan meneruskan operasi hariannya dengan cekap sambil mengekalkan pematuhan dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: