Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MASkargo tambah kapasiti kargo 200 tan seminggu

today7 July 2026

Background


PETALING JAYA – MAB Kargo Sdn. Bhd. (MASkargo) memperluaskan kerjasama strategik dengan Qatar Airways Cargo menerusi pelancaran operasi pesawat kargo dua kali seminggu yang menghubungkan Kuala Lumpur, Bengaluru dan Doha.

Perkhidmatan menggunakan pesawat kargo Boeing 777 yang dioperasikan Qatar Airways Cargo di laluan Kuala Lumpur-Bengaluru-Doha-Kuala Lumpur itu menyediakan tambahan kapasiti sebanyak 200 tan kargo setiap minggu melibatkan pelbagai kategori termasuk kargo am, barangan mudah rosak, farmaseutikal dan barangan bernilai tinggi.

Kerjasama tersebut menggabungkan rangkaian MASkargo di Asia dengan liputan global Qatar Airways Cargo, sekali gus meningkatkan akses pelanggan ke pasaran utama di Asia, Eropah dan Amerika Utara, selain mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab kargo serantau.

Sejak operasinya dimulakan, lebih 1,000 tan kargo telah diangkut.

Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo, Mark Jason Thomas berkata, kerjasama itu mencerminkan komitmen syarikat untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post