
Amerika Syarikat dan Isra*l dilaporkan sedang merangka rancangan untuk melancarkan serangan ketenteraan baharu terhadap Iran selepas pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat pada 3 November ini.
Menurut laporan The New York Times pada 21 Oktober, rancangan itu melibatkan operasi ketenteraan singkat tetapi intensif yang menyasarkan infrastruktur tenaga, kemudahan nuklear serta arsenal peluru berpandu dan dron Iran.
Laporan yang memetik pegawai Amerika Syarikat dan individu yang mengetahui perbincangan berkenaan itu menyatakan bahawa kedua-dua negara telah meningkatkan latihan ketenteraan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan serangan baharu.
Antara latihan yang dilaporkan dilakukan termasuk penerbangan pesawat tentera di ruang udara Iraq bagi menguji pergerakan dan strategi serangan.
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth, juga dilaporkan bertemu Perdana Menteri Isra*l, Benjamin Netanyahu, ketika lawatannya ke negara itu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: