Saban hari kita mendengar laporan di laman media sosial melibatkan kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan. Terbaharu di Putrajaya, seorang lelaki melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di rumah pengasuh di Casa View, Cybersouth, Dengkil pada Selasa lalu.
Namun, tupai akhirnya jatuh ke tanah dan mengundang padah apabila dia ditahan polis hari ini.
Baca juga: Ini Contoh Taska/Pengasuh Yang Bagus, Mak Ayah Kena Alert!
KANAK-KANAK ALAMI KESAKITAN DI BAHAGIAN KEMALUAN

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, polis menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya memaklumkan menerima pesakit kanak-kanak yang mengalami kesakitan di bahagian kemaluan.
Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan, kanak-kanak itu ditemani ibunya dan kejadian dilaporkan berlaku pada Isnin selepas kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan ketika diambil dari rumah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: