Mengulas lanjut, Nazri berkata, kejadian itu sudah banyak berlaku di kawasan terbabit, dan ia berpunca daripada banyak faktor termasuk cuaca panas.
Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan ujian pensampelan setiap minggu dan mengeluarkan notis pemberitahuan jika spesies itu sudah selamat untuk dimakan nanti.
“Sebagai langkah kawalan, kita mengarahkan supaya pencari atau pengutip kerang-kerangan ini jangan kutip lagi sehingga dipastikan ia selamat untuk dimakan.
“Bagi penjual di tepi jalan sekitar kawasan Sungai Geting pula, tidak semestinya mereka kutip di perairan itu kerana ada yang diperoleh daripada pengutip yang mencari di lokasi lain. Mereka juga sedia maklum akan kejadian itu kerana bukan kali pertama berlaku.
“Bagaimanapun, nasihat saya kepada pembeli agar bertanya terlebih dahulu kepada penjual mengenai dari mana kerang-kerangan itu diambil, bagi mengelakkan termakan spesies yang tercemar,” ujarnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: