Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengesahkan akan mengimplimentasikan penggunaan Video Assistant Referee (VAR) dalam pertandingan-pertandingan anjuran badan induk itu selepas ini.
Keputusan itu dibuat selepas teknologi tersebut digunapakai ketika Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) ASEAN 2024 yang berlangsung di Surakarta (Solo), Indonesia tempoh hari.
Baca Juga:
AFF akan memperkenalkan VAR secara berperingkat dalam pertandingan-pertandingannya yang lain, bermula dengan Kejuaraan Bawah 19 Tahun ASEAN dari 17 hingga 29 Julai 2024.
Diikuti oleh Piala Kelab ASEAN Shopee 2024/25 bermula 21 Ogos 2024 hingga 21 Mei 2025 dan kemudiannya dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric pada penghujung tahun dari 23 November hingga 21 Disember 2024.
Perkembangan terkini mengenai perkara tersebut disahkan AFF menerusi satu kenyataan media dikeluarkan oleh presidennya, Jeneral Mejar Khiev Sameth.
“AFF percaya VAR sedang mengubah wajah bola sepak ASEAN dan telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: