Sedar atau tidak, dalam tempoh beberapa bulan ini kerap kita mendengar kes melibatkan ibu bapa yang terlupa anak dan tertinggal dalam kereta. Perkara ini sangat merisaukan kerana insiden yang berlaku menyebabkan tiga kanak-kanak maut dalam dalam kes yang berlainan.
Banyak perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sendiri bagi mengelakkan kecuaian ini berlaku, dibantu juga oleh pihak taska dan tadika untuk memberi peringatan kepada waris kanak-kanak.
Baca juga: Sindrom Terlupa Anak Dalam Kereta Boleh Berlaku Tanpa Dijangka, Elak Letak Di ‘Blindspot’ Ini
ELAK KES ANAK TERTINGGAL DALAM KERETA, SOP TASKA DIPERKETATKAN

Terbaharu, Operator Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) diwajibkan untuk menghubungi ibu bapa dengan kadar segera jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas taska atau tadika seperti biasa.
Peraturan baharu itu dilaksanakan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian Taska dan Tadika dalam usaha mengelak kejadian ibu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: