Site icon Kool FM

Aruwin tamat saingan dengan sempurna


Kuala Lumpur: Pujian harus diberikan kepada atlet ski alpine negara Aruwin Idami Salehhuddin apabila dalam penampilan pertamanya di Sukan Olimpik Musim Sejuk dia berjaya menamatkan saingan dengan sempurna acara giant slalom apabila menduduki tempat ke-38 keseluruhan di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing. Selepas melepasi run 1 pada sebelah pagi, Aruwin sekali lagi berjaya memberikan persembahan sempurna di run 2 sebentar tadi tanpa sebarang kesilapan, terjatuh mahupun terbabas ketika melalui semua pagar dengan mencatat masa satu minit 6.15 saat (s). Jumlah masa keseluruhan yang dicatatkan atlet berusia 17 tahun itu ialah 2:12.28s iaitu 16.59s di belakang pemenang pingat emas Sara Hector dari Sweden (1:55.69s). Pencapaian yang dicatatkan oleh atlet wanita pertama negara di temasya berkenaan sangat memberangsangkan kerana mempunyai disiplin tinggi dan konsisten berbanding negara lain terutama yang beriklim sejuk kerana ada yang lebih perlahan catatan masa atau gagal menamatkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version