KUALA LUMPUR – Attana Hotels & Resorts Sdn. Bhd. (AHR), anak syarikat hospitaliti Permodalan Nasional Berhad (PNB), telah menerima enam anugerah berprestij pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan 2024 di sini baru-baru ini.
Anugerah yang diperoleh AHR adalah untuk Pengurusan Hotel dan Hartanah Terbaik; Hotel Bandar Keluarga Terbaik untuk Perdana Kuala Lumpur City Centre (PKLCC); Hotel Terbaik Bandar di Pantai Timur dianugerahkan kepada Perdana Kota Bharu (PKB).
Selain itu, Espira Kinrara memenangi Hotel Perniagaan Tiga Bintang Terbaik; Villea Port Dickson (VPD) dianugerahkan sebagai Resort Mesra Alam Terbaik manakala Anugerah Lokasi Golf Terbaik pula dinobatkan kepada Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC).

Ketua Pegawai Operasi AHR, Ron Hasni Yusoff berkata, anugerah ini mengiktiraf AHR atas kemudahan yang cemerlang dan standard perkhidmatan luar biasa yang ditonjolkan.
Menurut beliau, anugerah itu juga menghargai AHR bukan sahaja sebagai kumpulan hotel kontemporari…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: