Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Aunty Ja membalas kepada salah seorang pekerja berkenaan yang meniru caranya menjual salah satu menu di Suka Dessert iaitu Cake In Bowl.
“Amboi dik, kelakar sangat tu dik. Gelak terbahak-bahak. Aunty Ja nak ucapkan tahniah sebab akhirnya video adik FYP dengan cara parodi, petik nama Aunty Ja. Tahniah dik, tepuk sikit ramai-ramai,” katanya.
Susulan itu, ramai netizen berpendapat cara Aunty Ja membalas parodi tersebut dengan sangat ‘smooth‘ dan ‘deep‘.
“Walaupun video adik perasan sorang-sorang tak FYP, tapi usaha tidak mengkhianati hasil bila parodikan orang, bila ejek orang. Bila petik nama orang baru rasa kelakar, baru dapat perhatian ramai.
“Jangan lupa sujud syukur tau, bagi komisen dekat Aunty Ja ya sebab tiba-tiba je FYP video tu. Tahniah, buat lagi, malukan orang lagi,” katanya.
Susulan itu, video tersebut kini telah dipadam selepas mendapat kecaman ramai.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: