Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

0070afecb2357cad798211fd8faada12

77 Results / Page 7 of 9

Buletin

Rokok seludup dirampas, pemandu lori lari

Tumpat: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 3,350 karton rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM502,500 di Kampung Kok Bedullah di sini, pagi hari ini. Terdahulu, sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dihampiri sepasukan anggota PGA bersama anggota ronda cegah jenayah dari Balai Polis Tumpat pada 8 pagi. Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, anggotanya bertindak menahan kenderaan berkenaan dan kemudiannya pemandunya... Klik untuk baca […]

today19 March 2021

Buletin

‘Adik Sayang, Abang Sayang’ aktif sejak tiga bulan lalu

Kota Bharu: Foto wanita akan dimasukkan dan dipaparkan dalam aplikasi 'MiChat' oleh pengendali untuk pilihan sebelum ditempah pelanggan. Bayaran untuk tempahan wanita ini pula dikenakan antara RM250 hingga RM300 bergantung atas beberapa kriteria termasuk usia dan kecantikan. Itu modus operandi yang digunakan aplikasi yang beroperasi di bawah nama kumpulan 'Adik Sayang, Abang Sayang' yang dipercayai aktif di negeri ini sejak tiga bulan lalu dengan menjadikan sebuah rumah di Kubang Kerian... […]

today25 February 2021

Buletin

Kasih suami urus isteri strok

Machang: Insiden isteri tercinta pernah terjatuh menyebabkan cedera di bahagian kepala sehingga menerima enam jahitan menjadikan Ibrahim Ahmad dari Kampung Banggol Pemanok, di sini serik untuk meninggalkan wanita itu bersendirian. Kejadian itu menimpa Siti Rohim, 58, yang diserang strok sejak lebih dua tahun lalu apabila suaminya, Ibrahim, 55, perlu keluar atas satu urusan menyebabkan wanita itu cuba menguruskan rutin sendiri sebelum ditimpa kejadian itu. Ibrahim yang sebelum ini menjual... Klik […]

today23 February 2021

Buletin

Huni rumah tidak siap bersama ayam, kucing

Machang: Setiap pagi dia akan keluar berjalan kaki menyelongkar tong sampah untuk memungut tin atau botol kosong sebelum dibawa balik. Rutin itu dilakukan Nik Ismail Nik Yahya, 42 yang berstatus orang kurang upaya (OKU) lembam yang tinggal seorang diri sejak kira-kira 20 tahun lalu di Kampung Pangkal Ketereh, di sini. Dari luar, tempat tinggal yang dihuni Nik Ismail seakan tidak berpenghuni kerana binaannya tidak sempurna dengan bahagian belakang yang berstruktur […]

today18 February 2021

Buletin

Enggan buka pintu selepas nampak polis

Tanah Merah: Seorang penganggur ditahan di rumahnya di Kampung Gong Gua, Bukit Panau, di sini, bersama sejumlah dadah dan ubat batuk disimpan dalam rumah itu, tengah hari semalam. Serbuan dilakukan pada 1.35 tengah hari oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah hasil maklumat dan risikan. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika serbuan dibuat, […]

today17 February 2021

Buletin

Kanak-kanak lemas mandi sungai | Harian Metro

Kota Bharu: Kegembiraan lima sekeluarga mandi sungai di belakang rumah mereka di Kampung Pendek, di sini, berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan lemas. Mangsa, Aina Maisarah Hashim, 12, ditemukan pada 7.25 malam oleh penduduk kampung yang menyelam mencarinya sebelum ditemui di dasar sungai beberapa minit selepas dia lemas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong Pegawai Bomba Kanan I Zainal Fitri Husain berkata, pihaknya menerima panggilan 7.20 malam mengenai kejadian... […]

today15 February 2021

Buletin

‘Pengantin muda’ tidak bercerai, akan saman YouTuber

Tanah Merah: "Siapa tidak tertekan apabila rumah tangga baharu dibina itu dikatakan runtuh dan mereka bercerai, sedangkan anak dan menantu saya sedang bahagia," kata Zalaha Hassan, ibu kepada pasangan pengantin remaja yang berkahwin hujung tahun lalu. Zalaha, 57, berkata, berita mengejutkan mengenai anaknya, Ahmad Faris Umar Alwi, 18, dan menantu, Nurin Irdina Mohd Muhizan, 16, yang didakwa sudah bercerai itu disiarkan di dalam sebuah saluran YouTube kira-kira seminggu selepas pasangan […]

today7 February 2021

Buletin

PGA9 rampas 40 kambing seludup

Tumpat: Kelibat beberapa individu sedang memindahkan sesuatu objek ke dalam lori, rupanya penyeludup sejumlah kambing yang baharu dinaikkan ke tebing sungai. Intipan dibuat sepasukan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) di Pangkalan Haram Kertas, di sini, pada 9 malam tadi mendapati mereka memindahkan semua kambing yang diseludup dari Thailand itu ke dalam lori. Pegawai Pemerintah PGA9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, selepas intipan dilakukan selama setengah jam, lori itu... […]

today21 January 2021

Buletin

Peraih beras seludup kecundang | Harian Metro

Tumpat: Seorang peraih ditahan Pasukan Gerakan Am selepas disyaki menyeludup beras dari Thailand untuk pasaran tempatan. Peraih beras berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah pasar di sini pada 8 pagi hari ini bersama sejumlah guni mengandungi beras yang dimuatkan dalam kenderaannya. Pegawai Pemerintah Medan Superintendan Azhari Nusi berkata, ketika sepasukan anggota daripada Batalion 9 PGA sedang melakukan rondaan di sekitar pasar terbabit, mereka ternampak kereta Proton Iswara dalam keadaan... […]

today14 January 2021