Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

4309602278ba465edc6ec6c24b49779e

123 Results / Page 11 of 14

Buletin

Ramai anggota polis mohon tukar, tapi…

Shah Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih 14,000 permohonan pertukaran dan penempatan pegawai serta anggota pada tahun lalu. Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, daripada jumlah itu, PDRM meluluskan 60 peratus permohonan pertukaran di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dengan mempertimbangkan pelbagai faktor. "Kami menerima banyak permohonan dan ada yang ditolak kerana tidak sampai lima tahun berkhidmat atau baru ditukar tidak sampai setahun.... Klik untuk […]

today25 March 2021

Buletin

Rumah urut maksiat ‘hidup’ semula

Shah Alam: Tiga premis rumah urut di Subang Jaya dan Klang, Selangor, diserbu anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas dikesan menawarkan khidmat seks membabitkan wanita warga asing. Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, menerusi operasi Ops GEGAR dilakukan bermula pada jam 9 malam tadi, seramai 22 individu diperiksa termasuk sembilan wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Menurutnya, risikan mendapati tiga premis itu menjalankan kegiatan tidak... Klik untuk baca […]

today24 March 2021

Buletin

15 PATI Indonesia ditahan di pesisir pantai Kampung Sungai Serdang

Klang: Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan anggota Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih ketika cuba masuk ke negara ini menerusi pesisir pantai Kampung Sungai Serdang, Kapar jam 9 pagi semalam. Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua warga asing terbabit, termasuk sembilan wanita, ditahan pada Op Benteng yang dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Dron Bukit Aman. […]

today19 March 2021

Buletin

Datuk Seri direman enam hari

Shah Alam: Dua individu termasuk ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen. Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret dekat sini, hari ini. Kedua-dua individu berkenaan tiba di mahkamah jam 10.30 pagi untuk proses reman. Semalam, Suruhanjaya... Klik untuk […]

today10 March 2021

Buletin

Selangor henti kupon parkir mulai Januari 2022

Shah Alam: Kerajaan negeri akan menghentikan penggunaan kupon parkir atau pembayaran secara manual di semua tempat letak kenderaan yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor mulai Januari 2022. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, penggunaan kupon parkir akan ditamatkan pada 31 Disember tahun ini dan pembayaran secara digital sepenuhnya akan dilaksanakan bermula 1 Januari. "Pembayaran parkir... Klik untuk baca […]

today9 March 2021

Buletin

LZS jumpa wanita mualaf hidup gelandangan dalam kereta

Shah Alam: Kisah duka ibu tunggal dan dua anaknya yang terpaksa hidup gelandangan di dalam kereta sejak dua bulan lalu, mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS). Difahamkan ibu tunggal berusia 42 tahun itu terpaksa hidup merempat selepas perniagaannya berdepan masalah selain dihalau keluar dari rumah sewa didiami. LZS ketika dihubungi memaklumkan sebaik saja mendapat maklumat mengenai keadaan wanita itu, pihaknya segera mencari dan menemuinya di Kuala Lumpur, semalam. "Berdasarkan... Klik […]

today20 February 2021

Buletin

Polis siasat isu pegawai langgar SOP

Shah Alam: Polis Selangor sedang menyiasat isu berkaitan pegawainya yang dipercayai melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19. Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya juga akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan. Katanya, Polis Selangor bertindak demikian selepas tular empat gambar menunjukkan dua pegawai polis beruniform tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Gambar yang dimuatnaik Rabu lalu didakwa diambil di... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 February 2021

Buletin

Bekas Ketua Penolong Setiausaha MOA didakwa rasuah

Shah Alam: Seorang bekas pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 berhubung pemberian tender pembekalan dan penghantaran baja bio kepada sebuah syarikat tahun lalu. Tertuduh, Shahrulzaman Jaafar, 43, yang ketika kejadian adalah Ketua Penolong Setiausaha Kanan MOA mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rihaida Rafie.... Klik untuk baca […]

today21 January 2021

Buletin

Rohingya cuba menyusup masuk dari Tanjung Balai, Indonesia

Klang: Seramai 36 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika cuba menyelinap masuk ke negara ini menerusi persisiran pantai berdekatan Sungai Kapar dekat sini awal pagi semalam. Timbalan Ketua Polis Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) pos Tok Muda menerima maklumat daripada orang awam berhubung pendaratan PATI di persisiran pantai berdekatan Sungai Kapar sekitar jam 5 pagi semalam. Katanya, susulan maklumat itu, anggota PGA ke […]

today6 January 2021