Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

51da0541b4580b657733a2b54b24d2ad

123 Results / Page 9 of 14

Buletin

TLDM usir 25 bot nelayan Indonesia

Kuala Lumpur: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di kedudukan 52 batu nautika Tenggara Pulau Perak, hari ini. Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan berkata, kapal milik TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Mahawangsa yang sedang melaksanakan Ops Benteng Laut menerima maklumat mengenai pencerobohan bot nelayan asing. "Sejurus menerima maklumat, KD Mahawangsa bergerak ke posisi penglihatan dan... Klik untuk baca […]

today25 January 2021

Buletin

Cedera dipukul kerana mempertahankan anak

Kuala Lumpur: Seorang lelaki cedera dipukul dipercayai akibat memarahi seorang remaja yang sering mengganggu anaknya di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di sini, semalam. Terdahulu, anak lelaki mangsa berusia 15 tahun menghubungi ibunya yang juga isteri mangsa memberitahu diganggu menyebabkan mangsa turun untuk menyelesaikan masalah itu. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa berusia 42 tahun didatangi kira-kira 30 lelaki... […]

today25 January 2021

Buletin

Enam cedera, kemalangan babit empat kenderaan

Hulu Selangor: Enam cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 401 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Hulu Selangor, malam ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 10.22 malam. Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi. "Kemalangan membabitkan sebuah treler muatan jentera berat, dua lori dan sebuah van keselamatan. "Terdapat enam mangsa di dalam van... Klik untuk […]

today25 January 2021

Buletin

Pemimpin parti dalam kerajaan PN puas hati penjelasan mengenai darurat

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang turut menyentuh mengenai Proklamasi Darurat. Dalam catatan di Facebooknya, Muhyiddin berkata, mesyuarat secara sidang video itu turut membincangkan mengenai pengurusan pandemik Covid-19 dan pelan imunisasi vaksin. "Saya bersyukur mesyuarat yang berlangsung selama lebih kurang dua jam dalam suasana akrab dan muhibah menyambut baik taklimat mengenai... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 January 2021

Buletin

Tandas dipenuhi arang yang dibakar

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 35 tahun ditemui mati dalam bilik sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini, semalam. Polis menerima laporan daripada pihak pengurusan hotel pada jam 6.30 petang. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia 29 tahun yang menginap di hotel itu apabila terhidu bau asap. Menurutnya, saksi memaklumkan kejadian kepada pihak hotel sebelum menghubungi talian kecemasan. "Hasil pemeriksaan, polis... […]

today23 January 2021

Buletin

Jalan 5/46 Gasing Indah dibuka berjadual – Nik Ezanee

Petaling Jaya: Penutupan Jalan 5/46 Gasing Indah di sini, akan dibuka secara berjadual, bersyarat dan terhad. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ia bagi sesi persekolahan yang bermula, semalam. Beliau berkata, kelepasan terhad pada Isnin hingga Jumaat antara 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 2.30 petang hingga 3.30 petang. "Kelepasan itu dibenarkan kepada penjaga (hanya dibenarkan seorang) bersama pelajar menaiki kenderaan persendirian, guru... Klik […]

today22 January 2021

Buletin

Kakitangan Pejabat Laut PTP positif Covid-19

Kuala Lumpur: Jabatan Laut Malaysia (JLM) mengesahkan seorang lagi kakitangan Jabatan Laut Wilayah Selatan positif Covid-19, iaitu kes keempat dilaporkan setakat ini. JLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kakitangan Pejabat Laut Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor itu adalah kontak rapat kepada kakitangan VTS Tanjung Piai yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini. "Berdasarkan maklumat daripada Ketua Pejabat Laut PTP, terdapat sembilan kakitangan bertugas dan lapan daripadanya... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today21 January 2021

Buletin

Empat ahli sindiket judi dalam talian ditahan

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang menjadikan sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park, di sini, sebagai pusat panggilan. Serbuan pada 5 petang semalam dilakukan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam serbuan pertama polis menahan dua lelaki warga China berusia 30 dan 34... Klik untuk […]

today20 January 2021

Buletin

Kanak-kanak 5 tahun maut didera pengasuh

Kuala Lumpur: Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai akibat didera pengasuh. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan kematian mangsa di sebuah kondominium di Jalan Ipoh di sini, pada jam 2.45 petang semalam. "Polis ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring atas katil dan lengkap berpakaian. "Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan calar dan lebam di beberapa bahagian badan serta kaki mangsa. "Kematian […]

today3 January 2021