Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

59543c1302b4355dfe17f6626f6de7d0

70 Results / Page 4 of 8

Buletin

Myvi ‘terbang’ di Bulatan Jalan Indah

Iskandar Puteri: Pemandu Perodua Myvi cedera selepas kenderaan itu hilang kawalan semasa memasuki Bulatan Jalan Indah, Taman Bukit Indah, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 3 pagi itu, kereta berkenaan bergerak lurus pada bulatan menyebabkan ia 'terbang' merempuh pagar bunga dan seterusnya melintasi longkang besar sebelum melanggar pokok. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, akibat kejadian itu, pemandu berusia 27 tahun luka di muka dan... […]

today22 March 2021

Buletin

Tiada pelanggan di kedai pun kena kompaun

Johor Bahru: Tindakan pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, yang memberi kompaun kepada pemilik premis menjual seragam sekolah ketika tiada pelanggan mengundang persoalan. Pemilik premis, Hong Chee Sheng, 52 berkata, kompaun diberikan terhadap dia dan isterinya, Yong Chan Chin, 48, semasa pemeriksaan di premis mereka yang terletak di Jalan Dedap 9, Taman Johor Jaya, di sini pada Ahad lalu. Katanya, ketika kejadian tiada seorang […]

today13 March 2021

Buletin

Isteri tak pulang, lelaki bakar kereta saudara

Iskandar Puteri: Akibat isteri tidak pulang ke rumah sejak awal bulan ini, seorang lelaki berang dan membakar kereta milik saudaranya di Taman Bukit Indah, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian pada pagi itu disedari oleh mangsa iaitu lelaki berusia 22 tahun yang ketika itu, berada di rumahnya. Katanya, mangsa terdengar penggera keretanya berbunyi dan apabila keluar, dia mendapati kereta miliknya terbakar di […]

today11 March 2021

Buletin

Sembunyi rokok dalam tandas bergerak

Kulai: Ubah suai lori lima tan untuk dijadikan tandas bergerak. Ia kemudiannya dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup. Itu taktik terkini digunakan sindiket penyeludupan rokok dipercayai bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Taktik digunakan mereka bagaimanapun terbongkar selepas serbuan dijalankan di sebuah premis berkunci dan tidak berpenghuni di Kelapa Sawit, di sini, Ahad lalu. Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor, Sazali Mohamad berkata, serbuan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today4 March 2021

Buletin

Johor benar kapasiti 1/3 jemaah kecuali Johor Bahru, Kulai

Pasir Gudang: Johor membenarkan kapasiti jemaah satu pertiga daripada ruang solat bagi masjid dan surau di seluruh negeri kecuali daerah Johor Bahru dan Kulai bermula esok. Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, kebenaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam. "Baginda memperkenankan 100 jemaah tidak termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) dan pegawai masjid dan surau bagi daerah Johor Bahru dan Kulai yang kerap menjadi zon... […]

today4 March 2021

Buletin

Maqis rampas herba China bernilai RM446,882.17.

Johor Bahru: Sebanyak 4,881.50 kilogram ubatan herba dari China bernilai RM446,882.17 dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor, tengah hari semalam. Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, barang dagangan iaitu 'Medicinal Herbs' ditahan di laluan kargo import di Bangunan Sultan Iskandar, di sini. Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A Rahman berkata, barang dagangan itu tidak mematuhi syarat import seperti ditetapkan pihaknya. "Hasil pemeriksaan rutin... Klik untuk baca artikel […]

today3 March 2021

Buletin

2 kanak-kanak jatuh sungai ditemukan lemas

Johor Bahru: Dua kanak-kanak yang hilang selepas dipercayai terjatuh di Sungai Skudai berdekatan Kampung Batu 8, di sini, ditemukan lemas, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, mayat mangsa pertama, ditemukan lebih kurang 14 meter dari Pusat Kawalan Operasi Bomba. Katanya mangsa pertama dikenal pasti sebagai Ahmad Daniel Abdullah, 9. "Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan teknik skin […]

today28 February 2021

Buletin

Nampak tangan terkapai-kapai dalam sungai

Johor Bahru: Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sungai Skudai, di sini, petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.37 petang. Katanya, identiti dua kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti. "Operasi pencarian sedang dilakukan di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di Sungai Skudai berhampiran stesen minyak di Taman Ungku Tun Aminah. "Tujuh anggota bersama sebuah jentera dan... […]

today27 February 2021