Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

5d9187a2433ea00913b376ba1151da00

93 Results / Page 7 of 11

Buletin

Pengarah yayasan di Terengganu direman 7 hari

Kuala Terengganu: Pengarah sebuah yayasan di Terengganu direman tujuh hari untuk membantu siasatan menerima suapan berkaitan projek usahasama bagi pengeluaran pelitup muka yang dianggarkan bernilai RM9 juta. Lelaki berusia 55 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima suapan daripada pengarah syarikat sebagai balasan mencadangkan pelaburan usahasama dengan syarikat berkenaan untuk pengeluaran pelitup muka. Perintah reman selama tujuh hari sehingga 30 Mac depan itu... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 March 2021

Buletin

Dr Zulkifli jumpa agensi berkaitan bincang isu Sajat, Ibu Yati

Jertih: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan dengan beberapa agensi berkaitan pada Isnin ini bagi membincangkan isu berkaitan agama Islam ketika ini. Menurutnya, perbincangan itu merangkumi pelbagai isu berbangkit termasuk kontroversi membabitkan usahawan kosmetik Nur Sajat dan Ibu Yati. Katanya, pertemuan itu membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan... Klik untuk baca artikel […]

today5 March 2021

Buletin

Pasangan tunang didakwa edar dadah

Kuala Terengganu: Lelaki yang juga penganggur bersama tunangnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas tuduhan mengedar dan memiliki dadah jenis methamphetamine, heroin dan kodien. Tertuduh, Mohamad Amirul Aliff Mat Jusoh, 22, berdepan tujuh pertuduhan manakala Nurin Rasyiqah Adabiah Mat Ideris, 21, berdepan dua pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohamad Amirul Aliff didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 March 2021

Buletin

Potong pukat, cuba larikan diri

Kuala Terengganu: Cubaan nelayan Vietnam melarikan diri dengan memotong pukat ketika mencuri hasil laut milik negara gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Dua bot nelayan asing itu ditahan kapal Maritim yang sedang melaksanakan rondaan Op Kuda Laut pada jarak 130 dan 132 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang kelmarin. Dalam operasi itu, 38 nelayan Vietnam berusia antara 15 hingga 70 tahun […]

today25 February 2021

Buletin

24 bom tangan di tapak pembuangan sampah

Dungun: Sebanyak 24 bom tangan bagi kegunaan latihan ditemui di dalam kotak di tapak pembuangan sampah di Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya di sini, semalam. Bahan letupan itu ditemui pemandu lori sampah berusia 35 tahun ketika menjalankan kerja-kerja pembuangan sampah, kira-kira jam 4 petang. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pemandu itu yang curiga kemudian memeriksa kotak terbabit dan terkejut melihat objek seperti bom sebelum segera beredar. "Bagaimanapun,... […]

today16 February 2021

Buletin

Padah cuba seleweng diesel bersubsidi…

Dungun: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu berjaya menggagalkan cubaan menyeleweng diesel bersubsidi dengan merampas 615 liter minyak diesel bernilai RM1,297.65 di sebuah stesen minyak di daerah ini, semalam. Serbuan 1.40 tengah hari itu dilakukan KPDNHEP Cawangan Dungun susulan aduan yang diterima daripada orang awam berkaitan aktiviti penyelewengan minyak diesel di stesen minyak berkenaan. Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today11 February 2021

Buletin

Peniaga tertekan, pinjam RM5,000 bayar RM260,000

Kuala Terengganu: Disebabkan meminjam RM5,000 daripada seorang along, seorang peniaga di sini, tertekan apabila terpaksa membayar sehingga RM260,000. Malah, lelaki berusia 53 tahun itu juga hidup dalam ketakutan selepas diburu sembilan along sejak dua tahun lalu. Kejadian dipercayai bermula apabila mangsa meminjam daripada seorang along dengan kadar bayar balik mengikut perjanjian adalah RM3,000 seminggu. Menurut sumber, mangsa bagaimanapun gagal menjelaskan pinjaman itu sehingga diganggu... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 February 2021

Buletin

Ingkar SOP PKP, 5 pemilik kedai dikompaun

Kuala Terengganu: Lima pemilik kedai di Terengganu dikompaun RM1,000 semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, ia membabitkan tiga premis perniagaan di Kemaman, manakala dua di Kuala Terengganu. "Ia membabitkan tiga premis menjual telefon serta masing-masing satu premis menjual karpet dan premis pemborong.... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 February 2021

Buletin

Seorang anggota bomba Terengganu positif Covid-19

Kuala Terengganu: Hanya seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu disahkan positif Covid-19 sejak pandemik itu melanda negara. Pengarah JBPM Terengganu Penolong Pesuruhjaya Bomba Md Hilman Abd Rashid berkata, mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerteh itu disahkan positif selepas mendapat jangkitan daripada luar pada Januari lalu. "Kes yang dilaporkan positif ini bukan berlaku di dalam balai atau ketika mereka melakukan operasi sebaliknya... Klik untuk […]

today30 January 2021