Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

5d9187a2433ea00913b376ba1151da00

93 Results / Page 8 of 11

Buletin

Kes curi di kedai emas, 2 wanita diburu

Kuala Berang: Polis giat mengesan dua wanita dipercayai warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kes curi di sebuah kedai emas di daerah ini. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan dikehendaki untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK). "Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 380 […]

today27 January 2021

Buletin

Buruh dibelasah tiga beradik | Harian Metro

Chukai: Seorang buruh menanggung kesakitan apabila ditumbuk dan disepak tiga beradik selepas dikatakan membongkar kegiatan penagihan mereka kepada pihak berkuasa dalam kejadian di Kampung Berenjut, di sini, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang selepas lelaki berusia 36 tahun itu menerima panggilan daripada salah seorang suspek yang meminta mangsa datang ke rumah mereka untuk berbincang. Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa segera ke lokasi seperti... Klik untuk baca […]

today26 January 2021

Buletin

Covid-19: Dua sekolah rendah ditutup di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu: Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh di daerah ini diarahkan ditutup selama 14 hari susulan terdapat kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan. Difahamkan, penutupan dua sekolah itu susulan terdapat beberapa guru disahkan positif Covid-19 menerusi ujian saringan pertama yang dilakukan. Terdahulu, guru berkenaan dikatakan menghadiri bengkel persiapan mengajar secara atas talian di SK Sultan Sulaiman 1 pada minggu lalu. Arahan penutupan dibuat mengikut... Klik untuk […]

today23 January 2021

Buletin

‘Beringatlah Awang weh!’ | Harian Metro

Kuala Terengganu: "Beringatlah Awang wehh!!! kompaun RM1,000,". Itu kata-kata peringatan dalam poster dan risalah yang diedarkan polis Terengganu dalam usaha memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula hari ini. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya mengambil pendekatan mengedarkan poster dan risalah menggunakan dialek negeri yang lebih santai di setiap sekatan jalan raya (SJR) dan tempat... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 January 2021

Buletin

Mekanik curi gelang dipenjara 14 bulan, denda RM2,000

Marang: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan mencuri dua gelang tangan emas bernilai RM40,000 dari kedai emas tahun lalu. Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda juga memerintahkan Amir Amirul Rashid Yunus, 32, dikenakan hukuman denda RM2,000 bagi kesalahan itu. Jika gagal bayar, tertuduh berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan. Tertuduh mengaku salah atas dakwaan mencuri dua gelang tangan emas milik […]

today13 January 2021

Buletin

Lebih ramai penduduk dijangka berpindah malam ini

Chukai: Lebih ramai penduduk di sekitar Bandar Chukai dijangka berpindah susulan pertembungan air sungai dari hulu dan fenomena air pasang besar. Situasi itu menyebabkan limpahan air sehingga ke kawasan Bandar Chukai. Malah, limpahan air di Jalan Geliga ke Chukai adalah sedalam 0.3 meter. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, kenaikan paras air di tiga sungai di daerah ini menyebabkan limpahan sehingga ke […]

today7 January 2021

Buletin

Terkenang banjir 2013 | Harian Metro

Chukai: Selepas lapan tahun, suami isteri dari Kampung Pengkalan Pandan di sini, sekali lagi menjadi penghuni pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air. Kali terakhir Mohd Padli Ghazali, 31, dan isteri, Nurul Shahida Omar, 30, ditempatkan di PPS ialah ketika banjir besar melanda Kemaman pada 2013 sehingga menyebabkan kediaman mereka ditenggelami air sedalam hampir dua meter. Mohd Padli berkata, banjir yang melanda kali ini membuatkan dia terkenang bencana […]

today7 January 2021

Buletin

Mangsa banjir jangan bimbang, polis ada

Chukai: Polis meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan kediaman penduduk yang terjejas akibat banjir bagi memastikan keselamatan harta benda serta tidak menjadi sasaran penjenayah. Berikutan itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tidak perlu bimbang rumah mereka yang dibiarkan kosong tidak berpenghuni. "Kita tahu mangsa-mangsa banjir ini risau dengan keselamatan harta benda mereka ketika banjir kerana mungkin... Klik untuk baca artikel […]

today6 January 2021

Buletin

2 PPS di Dungun dibuka semula

Chukai: Daerah Dungun kembali dilanda banjir dalam tempoh tidak sampai 24 jam apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka semula pada malam tadi. PPS Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor dibuka bagi menempatkan 156 keluarga daripada 49 keluarga. Tiga PPS iaitu di DOR Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor serta DOR Kampung Minda sebelum itu ditutup pada 10 pagi semalam selepas seramai […]

today6 January 2021