Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

67cdc6e9e2d871e87759839033d12808

69 Results / Page 6 of 8

Buletin

Guna isyarat beli tambah nilai untuk berjudi

Manjung: Walaupun pernah dikenakan tindakan, ejen perjudian haram, di sini, tidak pernah serik apabila dikesan masih meneruskan aktivitinya dengan taktik urus niaga secara tertutup di bilik khas. Pekerjanya akan menggunakan kod atau isyarat tertentu untuk kegunaan pelanggan, dan mampu mengaut keuntungan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan. Bagaimanapun, kegiatan enam premis itu tidak bertahan lama apabila bekalan elektrik mereka dipotong dalam operasi yang dilakukan anggota Bahagian... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today12 March 2021

Buletin

Ikhtiar OKU pekak, bisu jadi tukang gunting rambut

Bota: Berstatus orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran dan bisu jelas bukan halangan untuk buat Farid Aidil Mat Din berusaha untuk terus maju dan mengubah kehidupan. Malah, Farid Aidil, 28, terus gigih mencari rezeki sebagai tukang gunting rambut dengan bayaran RM7 sejak empat tahun lalu di rumahnya di Kampung Teluk Bakong, Lambor Kanan, di sini. Farid Aidil berkata, biarpun tidak menjalani kursus atau latihan berkaitan bidang itu, dia tetap berusaha […]

today8 March 2021

Buletin

Mayat lelaki dalam longkang | Harian Metro

Teluk Intan: Mayat seorang lelaki yang sudah reput bahagian kepala ditemui di dalam longkang di hadapan sebuah sekolah di Jalan Padang Tembak, di sini, semalam. Orang awam yang menemui mayat itu, sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan itu pada 5.50 petang. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan memakai dua lapisan baju. Menurutnya, mangsa adalah lelaki dewasa tetapi identitinya […]

today4 March 2021

Buletin

Dewan bedah hospital swasta terbakar

Sitiawan: Tindakan pantas bomba mengawal api berjaya mengelak dewan bedah sebuah hospital swasta, di sini, musnah dalam kebakaran, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.36 malam. Beliau berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi dan turut mendapat bantuan daripada BBP Manjung serta BBP Ayer Tawar. Menurutnya, kebakaran membabitkan pendawaian elektrik dalam dewan bedah hospital... Klik untuk baca […]

today21 February 2021

Buletin

Cubaan seludup benih kerang tumpas

Manjung: Jabatan Perikanan Perak mematahkan cubaan menyeludup benih kerang dengan menggunakan trak tunda di Pantai Remis, di sini, hari ini. Dalam kejadian 4 pagi itu, turut dirampas 42 guni benih kerang dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM298,800. Dua lelaki iaitu pemandu dan kelindannya berusia 22 dan 31 tahun turut ditahan. Ketua Cawangan Pengurusan dan Perlindungan Sumber (CPS) Jabatan Perikanan Perak, Sallehudin Ismail berkata, kegiatan itu terbongkar hasil risikan... Klik untuk […]

today8 February 2021

Buletin

Pengusaha rayu mulakan operasi elak pembuangan pekerja

Ipoh: Pengusaha kedai aksesori filem penapis haba kenderaan di Perak kecewa apabila mereka tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan. Penguatkuasaan untuk penutupan operasi hanya dijalankan di negeri itu manakala negeri lain di seluruh Malaysia dibenarkan beroperasi walaupun model perniagaan mereka dikategorikan di bawah automotif yang dibenarkan beroperasi. Malah, mereka tetap diarahkan menutup premis perniagaan biarpun mendapat kelulusan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 February 2021

Buletin

Ajal bertembung tongkang | Harian Metro

Lumut: Nelayan warga Myanmar yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama dua lagi rakan senegara karam di kedudukan 10.3 batu nautika Pulau Talang, Pantai Remis, di sini, Selasa lalu, ditemukan lemas, hari ini. Mayat Nai Mon Chan, 26, ditemukan terapung oleh nelayan tempatan di kedudukan 17.9 batu nautika Barat Laut Pulau Talang pada 2.20 petang. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, mangsa sebelum ini dilaporkan […]

today29 January 2021

Buletin

Bangkai ikan yu paus 1.5 tan ditemui

Manjung: Bangkai ikan yu paus jantan seberat 1.5 tan dengan sirip pektoral kanannya dipercayai sudah dipotong ditemui di kawasan paya bakau di Sungai Dinding, Sitiawan, di sini, semalam. Ketua Cawangan Mamalia Marin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, bangkai mamalia atau nama saintifiknya rhincodon typus sepanjang 5.7 meter itu ditarik ke Jeti CPS Kampung Acheh untuk proses bedah siasat, hari ini. "Ikan itu dipercayai sudah […]

today24 January 2021

Buletin

Masih ada yang degil langgar SOP

Manjung: Seramai 10 individu yang menjamu selera di sebuah kedai makan, di sini, dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pemilik premis berkenaan turut dikompaun kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan. "Kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis dan 10 pelanggannya kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial. "Premis itu juga ditutup... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today17 January 2021