Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

67cdc6e9e2d871e87759839033d12808

69 Results / Page 7 of 8

Buletin

Ajal rempuh bas henti-henti | Harian Metro

Teluk Intan: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas henti-henti di Kilometer 28, Jalan Langkap-Kampar berhampiran Kampung Degong, di sini, hari ini. Mangsa, Ahmad Zulfendi Anuar, 30, yang memandu kereta Toyota Corolla meninggal dunia di lokasi kejadian. Difahamkan, ketika kejadian ada penumpang dalam bas berkenaan, namun mereka termasuk pemandu bas tidak cedera. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, pihaknya... Klik untuk […]

today11 January 2021

Buletin

Puteri Umno hantar sukarelawan bersih rumah pasca banjir

Pasir Salak: Pergerakan Puteri Umno Malaysia akan menghantar lebih 1,000 sukarelawan bagi membantu kerja pembersihan pasca banjir di seluruh negeri yang terjejas dengan bencana itu. Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, anggota sukarelawan terbabit akan memberi tumpuan kepada bantuan membersihkan kediaman mangsa selepas banjir surut sepenuhnya. Menurutnya, pada masa ini, anggota Puteri Umno berada di kawasan terbabit banjir di Johor, Pahang, Perak dan Kelantan... Klik untuk baca […]

today7 January 2021

Buletin

Peralatan belajar rosak ditenggelami banjir

Langkap: "Semua peralatan belajar termasuk buku nota dan kerja khusus rosak ditenggelami air banjir," kata Muhammad Alif Bedrul Hisham. Muhammad Alif, 17, adalah penduduk Pekan Chikus, di sini, yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap selepas rumahnya dinaiki air sedalam 0.3 meter, semalam. Pelajar Kolej Vokasional Teluk Intan itu berkata, selain itu, kelengkapan belajar kakak dan abang turut rosak termasuk kerja khusus akhir tahun... […]

today5 January 2021

Buletin

Teluk Intan turut dilanda banjir

Teluk Intan: Limpahan air Sungai Bidor susulan hujan berterusan sejak semalam menyebabkan Kampung AC Air Hitam di sini, dilanda banjir kilat hari ini. Ia menjejaskan 20 orang daripada lapan keluarga menyebabkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap dibuka. Bagaimanapun, hanya sebahagian mangsa berpindah ke PPS, manakala sebahagian lagi ke rumah saudara terdekat. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan Noor Ahmad Mohd... […]

today3 January 2021

Buletin

Lelaki dilarikan, disamun individu menyamar polis

Parit: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila bukan saja dilarikan, malah turut disamun serta dipukul sekumpulan empat lelaki tidak dikenali yang menyamar anggota polis di Teluk Perang, di sini, semalam. Dalam kejadian pada 8.30 malam itu, tangan mangsa berusia 25 tahun itu turut digari dan matanya ditutup dengan penutup hitam. Paling teruk, Honda HRV milik mangsa turut dilarikan suspek yang membawa mangsa sejauh 83 kilometer hingga ke Taiping, dekat sini. […]

today31 December 2020

Buletin

Dua bot nelayan tempatan, 9 Pati ditahan

Lumut: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan tempatan kelas C selepas didapati melanggar syarat sah lesen di dua lokasi berasingan di perairan Pulau Jarak, di sini, kelmarin. Turut ditahan, sembilan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berkerja di bot berkenaan dan dua lelaki tempatan yang juga tekong bot. Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, mereka ditahan Kapal Maritim (KM) Gagah ketika rondaan Op Benteng di […]

today28 December 2020

Buletin

Lima ditahan, larikan sampan dan bot pancing

Bagan Datuk: Polis menahan lima lelaki yang dipercayai melarikan sebuah sampan di perairan Bagan Datuk di sini, semalam. Suspek juga dipercayai turut melarikan dua bot pancing lain pada hari sama. Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian itu pada jam 8 pagi. Menurutnya, mangsa memberitahu sampan milik keluarga disamun beberapa lelaki bersenjatakan parang. "Dalam waktu sama juga dua bot pancing […]

today9 December 2020

Buletin

‘Mereka hanya boleh sebut mama, baba’

Bagan Datuk: "Tiga 'permata' istimewa ini adalah amanah Allah SWT dan saya perlu menguatkan semangat untuk membesarkan mereka terutama ketika keluarga kami diuji dengan keadaan suami yang terlantar akibat angin ahmar," kata Saizana Ermah Hamdan, 33. Saizana Ermah cekal menjaga dan menguruskan tiga anak istimewanya termasuk anak sulungnya yang juga orang kurang upaya (OKU) kelewatan pembangunan global (GDD), Muhammad Emariz Adam, 8. Dua lagi anaknya, Aaira Syifaa, 3, dan Muhammad […]

today29 November 2020

Buletin

BN mahu pertahan kerusi Parlimen Gerik

Bagan Datuk: Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 16 Januari depan. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini pihaknya belum mempunyai calon untuk mengantikan Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia pada 16 November lalu akibat sakit jantung. Menurutnya, keutamaan akan diberikan kepada calon tempatan dan pihaknya akan memilih calon terbaik bagi... […]

today28 November 2020