Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

7e45293b1f58763a21015f95c6ca0f4c

66 Results / Page 5 of 8

Buletin

Carum Perkeso selepas terbabit kemalangan

Kuala Terengganu: "Selepas terbabit kemalangan Jumaat lalu, baru saya sedar berapa pentingnya mencarum dengan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial)," kata kata Khasfi Rosli. Khasfi, 21, antara 400 penghantar makanan yang mendaftar dengan Program Pendaftaran Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Lindung secara percuma diadakan secara pandu lalu di Wisma Perkeso, di sini, hari ini. Katanya, kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan mengambil makanan untuk dihantar kepada pelanggan di Jalan Budiman,... Klik untuk baca artikel […]

today14 February 2021

Buletin

Makan besar menerusi panggilan video

Kuala Nerus: Perbezaan agama tidak menghalang keluarga mualaf untuk meraikan 'makan besar' bersama adik-beradiknya pada sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Sambutan dalam suasana norma baharu menjadi lebih unik apabila majlis tradisi masyarakat Cina itu diraikan menerusi panggilan video berikutan tujuh adik-beradiknya tinggal berjauhan termasuk berada di luar negara. "Saya ada tujuh beradik dan semua adik-beradik saya tinggal berjauhan iaitu dua di Kajang, Selangor; tiga di London, England... Klik untuk […]

today11 February 2021

Buletin

Mohon benarkan pelanggan makan di premis

Kuala Berang: Peniaga restoran, kedai makan dan kenderaan saji merayu supaya kerajaan memberi pertimbangan untuk membenarkan pelanggan makan di premis. Rayuan sama turut disuarakan pengusaha kedai pakaian dan butik yang terkesan teruk susulan penularan Covid-19. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata, jika pelanggan dibenarkan makan di restoran, ia bukan sahaja memanfaatkan pengusaha premis malah secara tidak langsung membantu... Klik untuk baca artikel […]

today6 February 2021

Buletin

250 kilogram keropok keping rosak

Kuala Terengganu: Sebanyak 250 kilogram keropok keping bernilai lebih RM3,000 rosak selepas sebuah premis memproses keropok kering di Kampung Pantai, Kuala Ibai, di sini, terbakar, tadi. Pemilik premis, Mohd Aidil Harun, 44, berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, semua 11 pekerja berada di luar premis dan sebahagiannya ada yang sudah pulang ke rumah. Menurutnya, akibat kejadian itu, dia yang sudah 18 tahun mengusahakan keropok keping mengalami kerugian hampir RM10,000 […]

today5 February 2021

Buletin

Orang ramai serbu pasar raya menjelang PKP

Kuala Terengganu: Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak selama 14 hari, bermula Jumaat ini menyebabkan pasar raya di negeri ini diserbu orang ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli barangan keperluan. Tinjauan Harian Metro malam tadi mendapati beberapa pasar raya utama di bandar ini dikunjungi orang ramai bermula petang semalam. Tinjauan di Pasaraya Sabasun Hyperunchit Sdn Bhd di sini, mendapati orang ramai beratur panjang bagi... Klik […]

today20 January 2021

Buletin

‘Terima kasih bantu kami’ | Harian Metro

Chukai: Tiada lain yang dapat diucapkan pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) apabila ada pihak yang sudi bergotong royong membersihkan kediaman mereka yang ditenggelami banjir. Selain bisu dan pekak, Mohammad Ibrahim, 75, juga menghidap Parkinson menyebabkan pergerakannya terbatas sekaligus menghalangnya untuk melakukan kerja pembersihan setiap kali rumahnya di Kampung Bukit Mentok, di sini, ditenggelami banjir. "Saya hanya ada tiga anak dan semuanya perempuan manakala isteri,... Klik untuk baca artikel […]

today13 January 2021

Buletin

Terperangkap banjir, 5 jam tahan sejuk

Chukai: Seorang warga emas terpaksa menahan kesejukan selepas terperangkap banjir lebih lima jam di ladang sawitnya sebelum diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Felda Neram 2, Cheneh dekat sini, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohamad Hanif Che Khalid berkata, peneroka terbabit berusia lingkungan 70-an itu diselamatkan pada 7.50 malam. Menurutnya, lelaki terbabit terperangkap selepas kawasan ladang berkenaan dinaiki air sedalam satu... Klik untuk […]

today4 January 2021

Buletin

Lelaki disyaki terbabit Bitcoin dicari

Marang: Lelaki diburu polis bagi membantu siasatan berkaitan kes penyambungan elektrik secara haram dan khianat disyaki bagi tujuan perlombongan Bitcoin di daerah ini. Low Thiam Ann, 42, dari Kampung Baru, Batu 11 di Cheras itu disyaki terbabit dalam kesalahan itu di sebuah premis kedai dua tingkat bersebelahan Pasar Awam Wakaf Tapai pada 10 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, lelaki berkenaan dikehendaki bagi […]

today29 December 2020

Buletin

Tak nak pindah PPS, mahu jaga ayam ternakan

Chukai: Bimbang 47 ayam peliharaan dihanyutkan banjir, pasangan suami isteri warga emas membina reban terapung bagi menempatkan haiwan berkenaan berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 16, Tebak, di sini. Bagi memastikan keselamatan haiwan ternakan terbabit, pasangan warga emas itu juga nekad tinggal di rumah mereka walaupun kediaman terbabit ditenggelami air sedalam 6.5 meter dalam kejadian banjir buruk yang melanda daerah ini, sejak Khamis lalu. Abu Bakar Mohd, 66, berkata, dia […]

today21 December 2020