Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

b6ad38a6a49b840cbf6a353571024bc6

103 Results / Page 10 of 12

Buletin

‘Hanya happy-happy saja’ | Harian Metro

Penampang: "Saya tidak minum banyak, hanya 'happy-happy' saja," kata lelaki yang ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Ambang Tahun Baru 2021 di sini, awal pagi hari ini. Lelaki itu adalah antara dua individu yang ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Sebanyak 18 saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi terbabit. Operasi selama lima jam yang […]

today1 January 2021

Buletin

Jumpa mayat dengan kesan luka di muka

Kota Kinabalu: Mayat lelaki dengan kesan luka di muka ditemui di kawasan bangunan lama Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Istana, di sini, hari ini. Mayat Hasuma Aksa, 52, ditemui jam 6.30 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan untuk ke tempat kerja sebelum memaklumkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebaik menerima makluman awam, sepasukan pegawai dan anggota dikerah ke lokasi kejadian. […]

today28 December 2020

Buletin

Lelaki parah ditetak, 6 ditahan

Beaufort: Polis menahan enam lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki parah parah, manakala seorang lagi cedera ringan di sebuah restoran di Jalan Beaufort Jaya, di sini, semalam. Dalam kejadian 11.40 malam itu, seorang lelaki parah di kepala akibat ditetak menggunakan parang manakala seorang lagi luka kecil di bahagian kepala disyaki dilibas dengan tali pinggang. Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir A Razak berkata, siasatan awal mendapati... […]

today19 December 2020

Buletin

Misteri bau busuk terbongkar | Harian Metro

Kota Kinabalu: Misteri bau busuk membawa kepada penemuan mayat suami isteri di rumah mereka di Taman BPL, Luyang, di sini, malam tadi Mayat pasangan berusia 46 dan 37 tahun itu ditemui jam 9.10 malam selepas jiran mangsa membuat laporan polis berikutan bau busuk dari dalam rumah berkenaan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, berdasarkan laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota polis dikerah ke lokasi kejadian […]

today19 December 2020

Buletin

Remaja jatuh sampan ditemukan mati lemas

Beaufort: Remaja lelaki yang hilang selepas terjatuh dari sampan ketika cuba menyeberangi Sungai Padas di Kampung Bingkul di sini, kelmarin ditemukan mati lemas petang tadi. Andreanus Ola Kian, 17, ditemukan penduduk kampung kira-kira jam 4 petang terapung di Kampung Melugus, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Hasbullah Nenggok berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disambung jam 9 pagi tadi membabitkan bot penyelamat... […]

today12 December 2020

Buletin

APMM bantu MyFund Action edar kotak makanan

Kudat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan menghulurkan bantuan pengangkutan kepada MyFund Action bagi menghantar bekalan pek makanan ke Pulau Mantanani, Kota Belud dan Pulau Banggi, Kudat semalam. Pengarah APMM Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, tiga bot peronda Zon Maritim Kudat ditugaskan bagi melaksanakan penugasan penghantaran makanan yang dianggarkan bernilai RM45,000. Menurutnya, sebanyak 150 kotak makanan akan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today12 December 2020

Buletin

5 pemandu mabuk ditahan | Harian Metro

Penampang: Lima individu ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Bundusan, di sini, malam tadi. Operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan kolaborasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah bermula jam 10 malam hingga 2 pagi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sebanyak 60 kenderaan diperiksa dalam... Klik untuk […]

today10 December 2020

Buletin

Sangkut di tingkat 8 | Harian Metro

Kota Kinabalu: Dua pekerja mengecat bangunan sebuah hotel terkemuka di sini, berdepan detik cemas apabila 'pelantar' dinaiki mereka mengalami kerosakan teknikal sehingga tersangkut di tingkat lapan bangunan itu, hari ini. Dalam kejadian 3.30 petang itu, dua pekerja berusia 35 dan 38 tahun berkenaan diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.54... Klik untuk baca […]

today1 December 2020

Buletin

Mujur abang bomba ada | Harian Metro

Kota Kinabalu: Tertekan dengan masalah keluarga dipercayai penyebab seorang gadis berusia 15 tahun terjun dari besi saluran paip dekat Jambatan Sungai Sembulan, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, gadis terbabit yang tinggal di Kampung Sembulan Lama dikatakan terjun dari besi saluran paip berkenaan. Orang awam yang menyedari kejadian menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sembulan tiba untuk operasi... […]

today25 November 2020