Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

b6ad38a6a49b840cbf6a353571024bc6

103 Results / Page 9 of 12

Buletin

Dua wanita, enam lelaki dipanggil kes minum arak di PKRC

Kota Kinabalu: Polis memanggil dua wanita dan enam lelaki yang terbabit dalam isu minum minuman keras di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ia bagi membantu siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi mendapatkan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. "Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan... […]

today21 January 2021

Sukan

Sabah lebih garang musim ini

Kota Kinabalu: Selepas hampir kesemua pemain tempatan dikekalkan, pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto berharap musim baharu akan lebih baik berbanding tahun lalu yang dianggap sedikit suram. Katanya, beliau juga memburu pemain import yang sesuai dengan corak permainan mereka bagi memperkuatkan lagi pasukan untuk mengharungi saingan Liga Super. "Yang pasti saya berharap musim ini lebih baik dari musim lalu dan mudah-mudahan semuanya dapat berjalan lancar kerana hampir semua pemain... Klik untuk […]

today21 January 2021

Buletin

Ambil kesempatan mahu rentas daerah pada musim hujan

Kota Kinabalu: Tahap penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dikurangkan walaupun keadaan cuaca buruk melanda seluruh Sabah, ketika ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, amaran dikeluarkan berikutan tindakan orang ramai yang dikesan cuba mengambil kesempatan melakukan rentas daerah sejak beberapa hari lalu. Katanya, sebelum ini tular di media terdapat 100 kenderaan dihalang dan diarahkan berpatah balik di Tawau selepas didapati cuba mengambil... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today20 January 2021

Buletin

Penampang dilanda banjir | Harian Metro

Penampang: Hujan lebat sejak petang semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 kampung dan taman perumahan dilanda banjir di sekitar daerah Penampang. Selain itu, dilaporkan sebanyak 12 jalan di sekitar daerah ini juga sudah dinaiki air sehingga laluan terputus untuk kenderaan. Sehingga kini paras bacaan air di sekitar Penampang dicatatkan mencecah 9.49 meter melebihi paras bahaya. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pemindahan penduduk terjejas... Klik untuk baca artikel […]

today17 January 2021

Buletin

Hujan lebat, banjir kilat landa Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: Hujan lebat yang berlaku sejak 5 petang menyebabkan beberapa lokasi sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat. Antara lokasi yang terjejas akibat banjir adalah pekan Manggatal, Kampung Rampayan, Indah Permai, Kampung Rugading serta beberapa lagi perumahan di kawasan Kolombong di sini. Selain itu, turut dilaporkan banjir sekitar Kampung Inanam Laut, Kampung Bantayan, Kampung Tatahan, Kampung Kitobu, Kampung Keliangau dan Kampung Cenderakasih, Likas. Ketua Balai Bomba dan... Klik untuk […]

today16 January 2021

Buletin

7 rumah terbakar, 30 penduduk tinggal sehelai sepinggang

Kota Kinabalu: Seramai 30 penduduk hilang tempat tinggal apabila tujuh rumah dan sebuah kedai runcit di Kampung Tebobon Bukit di sini, musnah dalam kebakaran, pada 2.20 pagi hari ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. Difahamkan, kebakaran bermula di kedai runcit sebelum merebak ke rumah berhampiran. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.27 pagi dan pasukan digerakkan serta... […]

today4 January 2021

Buletin

Tiga nelayan hilang ditemui selamat

Kota Kinabalu: Tiga nelayan yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, ditemukan dalam keadaan selamat oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada petang hari ini. Ketiga-tiga nelayan itu ditemui pada 5 petang di sekitar perairan Permatang Ubi kira-kira 160 batu nautika barat laut dari sini, selepas menerima maklumat pada 10 pagi. Difahamkan, bot nelayan bersama 12 kru serta tekong sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan berkenaan. Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka […]

today3 January 2021

Buletin

Mayat lelaki berjaket ‘HENGYI’ ditemukan terapung

Labuan: Mayat lelaki lengkap berpakaian dan sudah kembung ditemukan terapung di laut berhampiran Pulau Rusukan Kecil dekat sini, pagi hari ini. Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan orang awam sebelum melaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan pada 10.34 pagi. Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Ghani berkata, pegawai penyiasat IPD Labuan dibantu Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan ke lokasi untuk menjalankan... Klik untuk […]

today2 January 2021

Buletin

129 dikompaun Op Ambang Tahun Baharu di Sabah

Kota Kinabalu: Polis mengeluarkan sebanyak 129 kompaun dan 308 saman trafik dalam Operasi Khas Ambang Tahun Baharu 2021 yang diadakan di seluruh Sabah, sejak semalam. Dalam operasi yang bermula 10 malam semalam hingga jam 4 petang tadi itu, enam individu turut ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk ketika cuba melepasi sekatan jalan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, sepanjang operasi itu, polis turut menyita sebanyak 13 motosikal atas pelbagai […]

today1 January 2021