Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

ba640a117ffcbb1108607a71ee4f3010

1105 Results / Page 105 of 123

Ekonomi

Dana produk GO+ kini patuh syariah

PETALING JAYA – Kumpulan Touch ‘n Go dan Principal Asset Management (Principal) mengumumkan dana Principal e-Cash yang ditawarkan Touch ‘N Go melalui GO+ kini patuh syariah. Pengenalan dana ini menjadikan GO+ produk eWallet pertama di Malaysia yang menawarkan dana patuh syariah. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid berkata, ketika pihaknya melancarkan dana GO+ sebelum ini, ada permintaan da­ripada pengguna agar dana asas­nya mematuhi syariah. “Kami mendengar […]

today19 August 2021

Ekonomi

Usaha sama IBFIM, Unissa perkukuh kewangan Islam

PETALING JAYA – Usaha sama antara Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) yang dimuktamadkan semalam bakal me­nyaksikan program persijilan IBFIM, Kelayakan Bersekutu dalam Kewangan Islam (AQIF) ditawarkan kepada pelajar dan tenaga pengajar universiti itu untuk tempoh tiga tahun. Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Yusry Yusoff berkata, kerjasama itu adalah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 2017. Sehingga kini, program tersebut […]

today19 August 2021

Ekonomi

SM4RT TANI sedia teknologi digital untuk golongan petani

PETALING JAYA – Platform teknologi pertanian tempatan, SM4RT TANI menawarkan ­penyelesaian berasaskan awan dan teknologi Internet of Things (IoT) kepada golongan petani bagi membantu mereka meningkatkan kecekapan serta produktiviti. Pengasas SM4RT TANI, Hafeiz Hassan berkata, platform berkenaan akan membolehkan petani mendapatkan maklumat dan bacaan relevan tentang tanaman pada masa ­nyata, seterusnya membantu mereka mengambil langkah tepat sekali gus me­ningkatkan hasil tanaman. Menurut beliau, dengan menggunakan Sigfox Xero-G Network yang dibekalkan […]

today18 August 2021

Ekonomi

MoU TNB, Elia Group dilanjutkan

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) melanjutkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elia Group SA/NV (Elia), salah satu daripada o­perator sistem penghantaran terbesar di Eropah bagi berkongsi amalan terbaik dan pengetahuan untuk mempercepatkan usaha TNB ke arah peralihan tenaga serta tenaga boleh baharu (RE). MoU pertama antara kedua-dua belah pihak ditandatangani pada September 2017 dan tamat pada September 2020.Elia adalah operator sistem penghantaran yang beroperasi di Belgium dan Jerman yang […]

today16 August 2021

Ekonomi

BNM unjur pertumbuhan ekonomi 3-4%

PETALING JAYA –  Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini kepada tiga hingga empat peratus, berbanding anggaran awal antara enam hingga 7.5 peratus. Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, semakan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan ekonomi global terkini, selain pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta andaian mengenai peralihan berperingkat ke fasa seterusnya berdasarkan kadar vaksinasi dan kapasiti sistem penjagaan kesihatan. […]

today13 August 2021

Ekonomi

Honor lancar siri Magic3 – Kosmo Digital

PETALING JAYA – Jenama teknologi global, Honor semalam melancarkan siri Honor Magic3, peranti telefon pintar mercu yang didatangkan bersama teknologi premium dan reka bentuk canggih, menggunakan sistem Android 11 serta menyokong perkhidmatan Google Play. Terdapat tiga varian ditawarkan terdiri daripada Magic3, Magic3 Pro dan Magic3 Pro+ yang mana ketiga-tiganya menggunakan cip pemprosesan terbaharu daripada Snapdragon, iaitu Snapdragon 888+. Model tersebut akan dipasarkan di China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran-pasaran lain […]

today13 August 2021

Ekonomi

IWK tandatangani lanjutan konsesi sehingga 2034

PETALING JAYA – Syarikat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) menandatangani perjanjian tambahan kepada perjanjian konsesi dengan kerajaan Malaysia sebentar tadi, yang menyaksikan tempoh konsesi IWK sebagai syarikat perkhidmatan pembetungan negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2034. Mengikut perjanjian sebelum ini, tempoh konsesi IWK akan tamat pada 31 Mac 2022. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Zaini Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendan […]

today12 August 2021

Ekonomi

Kadar Asas Standard dikuat kuasa bermula 1 Ogos

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kemas kini Rangka Kerja Kadar Rujukan bagi institusi kewangan di negara ini yang menjanjikan pembiayaan dan pinjaman bank yang bersifat lebih telus dan mudah difahami pengguna. Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, berkuat kuasa pada 1 Ogos 2022, Kadar Asas Standard (Standar­dised Base Rate) akan menggantikan Kadar Asas (Base Rate, BR) sebagai kadar rujukan bagi pinjaman runcit berkadar terapung yang […]

today12 August 2021

Ekonomi

Eksport getah melonjak 150 peratus

PETALING JAYA – Industri getah negara meneruskan prestasi cemerlang tahun ini apabila merekodkan eksport berjumlah RM44.43 bilion untuk enam bulan pertama 2021, pertumbuhan 150 peratus berbanding RM17.77 bilion sepanjang tempoh sama tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif ­Majlis Getah Malaysia (MRC), Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, produk hiliran yang mewakili 89.7 peratus daripada keseluruhan eksport industri merekodkan pertumbuhan 180.2 peratus. Menurutnya, ia dipacu oleh prestasi kukuh barangan lateks dan produk sarung […]

today12 August 2021