Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Dana produk GO+ kini patuh syariah

today19 August 2021

Background


PETALING JAYA – Kumpulan Touch ‘n Go dan Principal Asset Management (Principal) mengumumkan dana Principal e-Cash yang ditawarkan Touch ‘N Go melalui GO+ kini patuh syariah.

Pengenalan dana ini menjadikan GO+ produk eWallet pertama di Malaysia yang menawarkan dana patuh syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid berkata, ketika pihaknya melancarkan dana GO+ sebelum ini, ada permintaan da­ripada pengguna agar dana asas­nya mematuhi syariah.

“Kami mendengar permintaan mereka dan segera melakukan sesuatu. Kini kami mempu­nyai produk yang lebih inklusif daripada sebelumnya, sesuai dengan matlamat menyediakan per­khidmatan kewangan asas kepada semua lapisan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

GO+ yang dilancarkan pada Mac lalu merupakan langkah pertama Touch ‘n Go dalam arena perkhidmatan kewangan digital.
Produk GO+ merupakan dana pasaran wang yang diuruskan oleh pakar pelaburan serta pe­ngurusan dana, Principal.

Effendy Shahul…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

Produktiviti buruh naik 13.6 peratus

PUTRAJAYA – Produktiviti buruh negara bagi suku kedua tahun ini meningkat 13.6 peratus berbanding suku-suku tahun sebelumnya.Ia peningkatan pertama direkodkan selepas lima suku tahun sebelum ini mengalami penurunan bermula tahun lalu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, produktiviti buruh negara yang diukur dari segi nilai ditambah per pekerja meningkat kepada RM22,513 per pekerja pada suku kedua berbanding RM22,117 per pekerja pada suku pertama. “Produktiviti buruh mengikut nilai ditambah […]

today19 August 2021